Empat kadet tentera malaysia terpilih untuk menyertai latihan di akademi ketenteraan Amerika Syarikat tahun ini.<br /><br />Lebih membanggakan, mereka merupakan antara 15 calon dari seluruh dunia yang telah terpilih selepas melalui proses pemilihan yang teliti, dengan menunjukkan kecemerlangan dalam potensi kepimpinan, kecergasan, serta akademik.
